May 7, 2011

mengatasi masalah cemburu

|mode :: bosan giler |




seperti biasa ya kawan2, korang akan mendengar rintihan hatiku yang sangat kebosanan di rumah. padahal kalo masa belajar nanti, kemain lagi nak balik rumah.*sigh, memang tak tau diuntung. wakakaka

baiklah. cemburu ataupun dalam bahasa omputehnya jealous aka envy bermaksud feeling unhappy when someone has something that you wish to had.

cemburu ni ada banyak cabang. cemburu sebab cinta. tentang pelajaran. tentang tak dapat perhatian daripada parents. adik je yang lebih, sedangkan kita tak dapat. jeles sebab kawan dapat deanlist, kita tak dapat. and many more lah.

cemburu jugak terbahagi kepada 2 iaitu positif dan negatif. ada yang cemburu, tapi mengambil langkah positif dalam menangani masalah cemburunya. yang ambik langkah negatif pun ada.



apabila seseorang tu mengambil langkah yang positif dalam menangani perasaan cemburu, itu adalah tindakan yang terpuji dan betul. seharusnya apabila kita berasa cemburu akan kejayaan atau kelebihan orang lain, seharusnya kita perlu memajukan diri ke arah yang lebih baik. mugkin kita tak cukup usaha ke arah itu ? fikirkan. muhasabah diri tu penting. sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun muhasabah diri dan mengingati setiap patah perkataan yang dikeluarkan olehnya pada setiap hari sebelum tido.


bagi yang mengambil langkah negatif pulak apabila menangani perasaan cemburu ni, dinasihatkan kembalilah ke pangkal jalan.(hamboii, mcm bagus pulak aku ni). yela kan, kalau yang ambik jalan yang mudah tu bila nak menangani perasaan cemburu dengan menghancurkan diri-sendiri, baik jangan. badan tu pinjaman daripada Allah s.w.t. sedar diri tu sikit. -_-


sini ada beberapa tips untuk mengatasi perasaan cemburu ni. sesuai digunakan dan diamalkan oleh manusia sejagat sekalian samada yang cemburu dari segi percintaan, kehidupan, pelajaran mahupun kerjaya.


1. Ketahui Punca
Ketahui punca anda cemburu. takkan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup kecuali ada monyet di atas pokok.(wakakakaka.i know, it's not funny though -_-). seperti yang aku cakap tadi, muhasabah diri.


2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan lah cepat nak marah2. kesian orang yang kena marah tu. mesti dia pon tension jugak. banyakkan istigfar. jangan terlalu ikutkan perasaan sangat. tarik nafas dalam2, tenangkan diri dan minum air kosong.


3. Menangis semahunya
Menangis merupakan salah satu cara untuk melepaskan perasaan yang serabut. menangis bukan kerana kalah, tapi mencari kekuatan diri. ala, yang lelaki pon boleh gak la nangis. lelaki yang mengeluarkan air mata dalah lelaki sejati yaww.


4. Berfikiran Positif
Fikiran yang tenang dan positif dapat mengatasi segala masalah waima cemburu.(teringat pulak dekat cikgu bm masa aku f3. selalu sebut perkataan 'waima' ) Fikir yang baik2 sahaja ia dong.=)


5. Jangan/berhenti membandingkan diri dengan orang lain
Selama mana nak membandingkan diri dengan orang lain ni der ? semakin korang membandingkan diri dengan orang lain ni, self-esteem korang akan semakin rendah. dan selama itulah cemburu berpanjangan.

4. Hargai diri sendiri, terima apa adanya 
Kalau bagi siapa2 yang tak sayang diri sendiri tu, baik korang start sayangkan diri tu. belajar sikit hargai diri sendiri. walaupun banyak kekurangan, belajar terima hakikat and try to improve yourself. Jangan nak persoalkan kenapa aku mcm ni, kenapa aku mcm tu. you better STOP. terima seadanya ok hunny ?


5. Trust yourself 
Trust your own ability. if you are not capable to achieve something, motivate yourself. do not give up. keep motivating yourself and InsyaAllah , you will find your way.(bajet mcm lirik lagu Maher Zain seh)


6. Work Hard
When you want or aim something., work hard to get it. for example, if you wanna be one of the best students in mathematics, work hard to achieve it. do lots of exercises. ask others who are excellent in that subject. jangan nak jadi 'bodoh pandai' pulak. dah tau diri tu tak pandai, tapi berlagak pandai.


7. Doa
Dekatkan diri dengan Allah dan mintak disimpangkan/ dijauhkan dari segala perasaan yang tidak elok. Doa tu kan penting. Kalau kita tak berdoa, macam mana lah Allah nak bagi kan ? so, renung2kan dan selamat beramal. =)


p/s : ini adalah sedikit tips yang aku amalkan. saja je nak kongsi. kalau berguna, sila lah amalkan. laagipun,sharing is scary caring.*ketawa gediks


Photobucket



tips dibawakn oleh Prof. Farah Farhana yang comel skema.(-..-)


Formula Add math hari ini :: lalalalalalala. kerjala. baca bukula.

No comments: