May 3, 2011

berikan sebab-sebab kenapa anda tak suka drama/movie Indonesia ??

|mode :: bosan |


hai guys!
tak sampai seminggu cuti semester aku dah bosan giler weyhhh. dari pagi tadi aku asyik on9 jer. kecian aku kan ? ssh jugak adik beradik tak ramai ni. xde teman nak buat kawan. -_-

memandangkan sekarang ni majority student IPTA/IPTS tengah bercuti, so most of them akan buat status mcm ni dekat fb/twitter.

bosan nye cuti ni. bosan nye hari ni. bosan, bosan , and bosan.


ok. fine. itu aku. bukan orang lain. pfff. berbalik kepada tajuk entry kat atas tu. drama Indonesia. siapa yang minat, sila angkat hidung ??erkkk , sekarang tengah popular cerita apa ehh. aku tak ambik tau sangat pun. kalau mak aku, asal pukul 2 jer, mesti dia cakap mcm ni.


denggg, bukak tv3 , cerita Marshanda. 

oke. fine. lepas tu kalau aku rajin, aku duduk jer depan tv. kalau tak pun aku masuk bilik on9. hadoiii. ntah apa yang best sangat ntah cerita Indon ni. antara dalan banyak2 sebab kenapa aku tak suka drama/movies Indonesia ni ::

  • timing berlebihan. scene yang 2 3 saat boleh habis tu, tapi dorang buat boleh sampai setengah jam 3 minit. bukankah ada unsur menyakitkan hati dan membuang masa di situ ? then, to be continued. * ew, daa.....(rolling eyes)
  • nangis. aku fed up betol kalau ada scene yang sikit2 nak nangis je.ewwww. sorry la. macam la dalam hidup ni, kita ni hadap sangat nak nangis ni. i mean, kalau ada masalah sikit nak nangis macam mati laki.
  • monolog luaran. hah! dalam hidup ni, kita selalu ke nak buat monolog luaran ni ? cuba cakap ? tak logik la weyhhh.
  • terlalu banyak rangkaian. sorang anak si polan ni, beribukan si minah, beradik-tirikan si bujang, beribususuankan si joyah. adess! sungguh complicated. walaupun aku ni minat berdrama, tapi aku tak minat menonton drama yang tak menarik perhatian langsung!


credit pic :: tongkang google

inilah marshanda. kalau tak kenal. boleh carik la ye. nilah yang mak aku minat sangat tu. hadoii. mak, mak... >.< , dulu tak bertudung, sekarang bertudung. alhamdulillah. agak2 bila FASHA SANDHA nak bertudung ehh ? haha.

*ini adalah pendapat peribadi.


Formula Add math hari ini :: shut your mouth if you are looser.

No comments: