September 7, 2012

Sweetnya!


Sweetnya.... bila saya mengadu saya sakit, awak hantarkan ubat.Sweetnya.... bila saya perlukan seseorang, awak temani saya,Sweetnya.... bila saya nakkan sesuatu, awak sedaya upaya cuba penuhinya,Sweetnya.... bila saya nak pergi sini sana, awak tolong hantarkan,Sweetnya.... bila saya lapar, awak hantarkan makanan,Sweetnya.... bila saya stress belajar, awak cakap 'takpa, nanti ada imbuhannya di kemudian hari',Sweetnya.... bila saya rindu rinduan, awak datang jenguk saya walaupun sekejap,Sweetnya.... bila susah dan senang saya, awak sentiasa bersama saya,Sweetnya.... bila awak terima saya seadanya, walaupun perangai saya buruk,Sweetnya.... bila awak sentiasa maafkan kesalahan saya, walaupun selalu sakitkan hati awak,Sweetnya.... bila doa awak sentiasa mengiringi saya walau di mana jua saya berada,Sweetnya.... bila awak ada di sana untuk mengesat air mata saya,Sweetnya.... bila awak sentiasa melayan kerenah saya yang banyak songeh ni,Sweetnya.... bila awak sentiasa jadikan saya keutamaan awak.




Ya Allah Ya Tuhanku, ku berterima kasih kepadamu kerana telah mengutuskan dua insan yang amat kucintai. Kau kasihilah mereka sabagaimana mereka mengasihiku ketika ku kecil Ya Allah. Kasihilah kedua ibu bapaku Ya Allah. Kasihilah ibu bapaku Ya Allah. Kasihilah ibu bapaku Ya Allah.

Kau peliharalah mereka di dunia dan akhirat Ya Allah, peliharalah mereka Ya Allah, peliharalah mereka Ya Allah kerana sesungguhnya merekalah yang terbaik untukku. TERIMA KASIH ALLAH. ALHAMDULILLAH... :')




No comments: