April 28, 2011

budaya menyumpah!

|mode :: takde perasaan |


situasi 1 :

minah :: weyhh, aku tak dapat la buat soalan ni. babi betol la.
joyah :: aah la, aku pon sme. ape ke pu**k betol. susah betol. memang pukimak betol la orang yang buat soalan ni. sial. babi. cibai. celaka.
minah :: malas la aku nak buat. macam cilaka. huh! 

maaf. itulah hakikatnya. yang berlaku pada masa sekarang. kalau tak dapat buat sesuatu benda, sah-sah kata-kata yang kesat/sumpahan akan keluar.

situasi 2 :

minah sedang bercakap di telefon. sedang bertekak dengan pakwenya.

minah :: hoii, pukimak engko jantan! rupanya selama ni ko tipu aku. ko curang dengan aku. ko main dengan pompuan lain. sial. ko pergi mampos la. kalau aku tau selama ni ko ada pompuan lain, aku tak kan nak pandang ko lah. jantan tak gune. bu*** tak guna.

maaf. ada sensored di situ. ini merupakan salah satu realiti hidup. apabila perasaan marah menguasai diri, segala benda akan di ungkit. segala benda akan keluar. dari yang dalam kain sampai la ke luar kain.

situasi 3 :


minah nak mintak tolong joyah ambikkan dia buku dekat atas meja.


minah :: pepek, tolong amikkan aku buku kat atas meja tuh.
joyah :: celaka engko, pepek. nah but*h, amik ni. *sambil ketawa-ketawa.


walaupun benda macam ni hanya untuk dijadikan gurauan sesama teman, tidakkah itu akan menjadi sesuatu budaya dan akan diikuti oleh anak-anak kecil??

cukuplah setakat itu saja contoh yang aku berikan. bukan nak menyindir, bukan nak mengajar. ini hanya kesedaran aku tentang semua nih. saban hari, aku berhadapan dengan situasi macam ni.*chewah.


nowdays, budak2 kecik pun dah pandai menyumpah. advance kan ? kalau zaman aku dulu, nak sebut pun tak berani. sah2 mulut kena cili oleh mak. kalau tak pun kena lempang dengan bapak. *walaupun bapak aku tak pernah lempang aku,pukul aku, tapi dia cukup tak suka anak2 dia menyumpah.


kenapa perlu ada budaya macam ni ? sedangkan nabi tak pernah ajar umatnya untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat. bahkan kata2 nabi yang sopan serta lemah lembut amat indah didengar. bukan nak membandingkan diri kita yang penuh kelemahan ni dengan Nabi Muhammad S.A.W  tetapi bukankah elok kita jadikan baginda sebagai contoh ataupun role model untuk menjadi HAMBA ALLAH yang taat. 


eleh, engko nak tegur orang, macamlah engkau tu baik sangat Farah. entah2 sembahyang 5 waktu pon tak cukup. ada hati nak tegur orang. YA. aku mengaku, aku bukannya baik. aku hanya ordinary girl not extraordinary. ibadah pun tak cukup lagi. solat pun tak penoh lagi. ibadah sunat pun jarang buat. tapi, aku punya kesedaran untuk berhijrah daripada jahil kepada berilmu. 


aku hanya nak kongsi ilmu. kongsi ilmu walaupun sedikit. sebab itulah aku punya kesedaran untuk mengupas tentang budaya menyumpah dalam kalangan masyarakat sekarang terutamanya masyarakat Islam. kadang-kadang kita tak dapat lari daripada menyumpah. terutamanya apabila marah. ya, marah.


Sabda Nabi : “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”.

jadi, pandai2 lah control kemarahan anda. lagipun, marah ni lebih banyak mendatangkan kesan negative instead of positive. =)






bagi aku, aku prefer melepaskan kemarahan dengan menangis. itu bagi aku la. tak tau la korang macam mana. menangis bukan tanda lemah, tapi mengumpul kekuatan.and satu lagi, berwuduk dan solat sunat. itu merupakan cara yang paling baik untuk menghilangkan perasaan marah. InsyaAllah.


jadi, elakkan menyumpah ketika marah ataupun bila2 masa jer. jangan jadikan itu satu tabiat sebab dikhuatiri in the future your children might follow your habit and don't put the blame on them, but YOU. look guys, what goes around, will comes around. so, you better watch out. give your children or maybe your younger sisters nor brothers a good example.


Wallahu 'alam.


*kurangkan marah dalam hidup. jangan jadi macam Hello Kitty nih. jahat. sebab dia marah.http://www.cute-smiley.com







Formula Add math hari ini :: senyum sokmo noh.

No comments: