August 11, 2012

The senile me


Aku lahir tahun 1992 dan tahun ni umur aku 20 tahun walaupun belum genap lagi sebenarnya. Lagipun, aku kan bajet muda tak nak la ngaku dah 20 tahun beb -__- In fact, susah nak terima yang aku ni bukan "budak belasan tahun" dah. Usually, kalau orang tanya umur aku jawab je 19. Okay, penipuan di situ /sobs/

Semalam(hari jumaat) aku ada satu lecture je. Cost accounting dari pukul 8 pagi sampai pkul 10. Habis je kelas, aku pegi jumpa Mdm Lulu kejap sebab nak tanya tentang report computerized accounting. After that, aku nak pergi print report la kan, tapi seluruh UiTM backout pulak, so tak dapat la print. Then aku called Siti, nak mintak tolong dia printkan sekali untuk aku nanti sebab dia belum siap and dia ada kelas petang nanti, so dia tolong aku submit sekali la kan. Aku kan malas tahap gajah, sekali aku dah balik hostel, memang tak ah aku nak keluar lagi lepas tu unless aku ada kelas. Punya lah kemalasan aku yang maha tinggi tu, sampaikan berbuka puasa tadi pun aku makan maggi je. How cool is that? *duck face*

Nak dijadikan cerita, aku jumpa la Siti dekat library and lepas sok sek sok sek, aku nak balik bilik ah. Time nak keluar tu, aku bumped dengan Ina, roommate aku. Sapa punya sapa, then time aku nak keluar dari library tu.. the door was supposed to be pushed but I pulled it. Obviously pintu tu tak bukak la kan. Then aku  tarik lagi tapi masih jugak tak dapat.  Pastu ake heran la, eh pesal tak dapat bukak ni? Sekali ada budak perempuan 2 orang datang dari belakang tu tolak pintu tu. Lancar je pintu tu bukak.. Can you imagine how embarrassed I am? =.= Gila kot! Apesal la aku tarik pintu tu, no wonder la tak dapat bukak! Time tu aku rasa macam nak lempang laju laju je diri sendiri. Macam la tak pernah pegi library. tsk tsk

Another stupid incident bila aku balik bilik dekat hostel. Previously kan blackout dekat UiTM, so aku expect dekat kolej pun takde electric jugak. Masuk² bilik switched on the fan tapi tak berfungsi. Dalam masa yang sama, aku tak sedar yang aku dah ter- offed suis kipas tu. So, aku cakap dekat diri aku 'alah, takde electric la pulak, panas ah. Tak dapat nak bukak laptop and mesti nak jimat battery hp ni' Noted that, battery lappy aku rosak so tak dapat on kalau tak sambung dekat suis.

Bila dah takde electric aku baring² jela dekat lantai sebab lantai je yang sejuk sambil baca novel yang Ina pinjam dari library sampai tertidur. Lama jugak ah aku tidur, dekat nak pukul 12 tghri baru bangun. Tak lama lepas tu Ina balik and aku cepat² mengadu takde electric. Ina yang baru nak melangkah dalam bilik, terus tekan suis kipas and kipas pun berfungsi macam biasa! Rupa²nya, blackout tu untuk 10 mins je pun, tapi aku berpanas dalam bilik sampai sejam lebih kot! Langsung tak perasan -__-

Entah apa dosa ynag aku buat harini sampai otak aku tak berfungsi macam biasa dah. Malang betul. Agaknya, dah nk nyayuk kot. Tapi I baru je 19 tahun......... /sobs/

p/s 22th August ni birthday aku. tau. Nak hello kitty? *puppy eyes*

No comments: