June 26, 2011

Pakaian mengamit kenangan

Assalammualaikum readers!

Warning : This entry will contain tons of pictures :P
Pakaian mengamit kenangan. Mesti korang ada jugak sesuatu yang precious yang memberi makna yang mendalam kan ? Petang Jumaat lepas, masa aku selongkar wardrobe dekat dalam bilik aku, terjumpa la baju2 yang suatu ketika dulu memberi maksud yang mendalam kepadaku. Chewah, bersastera la pulak aku di tengah hari buta ni. Ada kenangan yang manis dan pahit yang berkaitan dengan baju2 yang aku jumpa. Ada certain baju yang aku rasa dah takde dalam simpanan, tapi bila check2 balik. Ehh ? aku masih simpanla. LOL.
Salah satu baju yang aku jumpa ialah baju ni. Sila abaikan cadar yang sama warna dengan baju tu. :P Baju ni aku beli sempena Konvo masa Form 5 Tahun 2009 dulu. Alah, konvo sangat la pon. Memandangkan Konvo tu akan diadakan di hotel, jadi mesti la nak pakai baju yang grand sikit kan ? Tapi, last2 aku pilih baju ni ? What a bad taste la farah. Oh ya, kovo tu dekat Grand Continental Hotel.

Unfortunately, a day before the convocation, cikgu cakap student perempuan mesti pakai baju kurung or kebaya je. No pants are allowed. Korang agak2 kitorang mengamuk tak ? Dahla darah tengah muda, memang nak je mengamuk.*nampak sungguh aku dah tua* Tapi, by hook or by crook, terpaksa la cari baju kurung yang lawo sikit. Nasib baek aku ada bawak baju kurung moden aku. Nak tengok ? Scroll la dekat bawah sayang.
Back to 2009. Amboi, gambar nak yang kontroversi je. Meet Shahrul Ramadhan. Budak kelas sebelah. Nmapk sopan je kitaorang padahal perangai macam puaka. -.- Baju pink bling bling bling kacing. Rasanya kalo blind man tengok aku pakai baju ni, maunya tak celik dah mata dia.
Second one. Yang ni Mohd Firdaus, tapi kitorang panggil Fir je. Nampak mesra dan manjew gituew.*uwekss*. Fir ni penyanyi berbakat dekat SMT Sejingkat. Kalo die nyanyi and azan, confirm korang cair dengar suara die. Lemak berkrim disukai ramai tue.Apesal aku asyik bergambar dengan lelaki hansome je ni. Tak sedar diri betol. T_T
Ehh, korang nampak tak lelaki kepala separuh botak tu ? Tu la cikgu sejarah merangkap ketua guru disiplin. Cikgu Wan Drahman. Yo cikgu, sejarah saya kredit je. Tu la cikgu, asyik busy memanjang, jarang masuk kelas. Kan saya kredit je sejarah. -.- *tak guna punya student*

Sesi bergambar di tepi pool. Hey, aku pakai high heels mase ni tau.*sambil buat muka bangga*. Jangan ingat aku tak pandai guna high heels. Huh.*walaupon aku jalan slow2 je*

A few weeks ago, aku pergi Grand Continental lagi. Ikut sepupu kursus dekat situ. Everything still looks the same. Even the ballroom and pool. Geez, rasa nak terjun je dalam pool tu.
Baju PJ SMT Sejingkat which is baju yang palingggg aku jarang guna sebab masa PJ aku akan tido dalam gym. Alah, jadi student kan penat ? keke. Kalo mood aku elok dan datang rajin aku akan main sampai tak hengat dunia. Cikgu dah halau balik tapi masih dok lepak dekat cantin. Bila jumpa cikgu Abang, lari lintang pukang. -.-
Memandangkan dekat SMTS aku ambik Civil Engineering, jadi semestinya aku akan ada baju ni. Baju ni untuk buat amali seperti buat speedy test, levelling, Mckintosh Prob Test dan etc. Memandangkan dekat SMTS hanya ada 3 main courses which is Electrical Engineering, Mechanical Engineering and Civil Engineering maka hanya akan ada 3 warna je masa amali. Untuk budak civil baju hitam, budak mechi warna biru tua and lastly warna maroon untuk budak electric.
Once a scout, forever a scout. Baju pengakap lautku! Walaupon tak banyak lencana*sebab cikgu abg mungkir janji, langsung tak bagi lencana aktivit sampai sekarang* tapi tetap bangga okay. Pengakap mengajarku survive. Never give up no matter what.
Awal tahun 2009. Menyambut junior yang baru mendaftar. Eheks, balik tak kakak senior ni. Opps, kakak STTK okay.
Baju rasmi SMTS. Baju ni wajib dipakai setiap hari Jumaat. Baju batik sarawak ni. Cantik tak corak ? cantik tak, cantik tak ?
Tengah enak menjamu selera bersama classmates. Sedapnye! Oh ya, cantik tak kelas kitorang. Not a typical classroom colour. Selalunya warna bilik kelas mesti warna putih but not in my school. Oh! My School. Regarding to school, aku tak jumpa lagi dah baju sekolah aku dulu. sobs sobs :'( So, why don't aku sajikan gambar2 aku pakai baju sekolah dulu ?
Gara-gara nak bagi impak yang besar dalam entry ni, aku sanggup log in aku punya friendster. Bangga tak dengan aku punya determination? :P Ohh, jangan salah faham dengan gambar ini. Ini hanyalah gambar lakonan aku dan Stanlly. Back then when I was 15 years old. Ehh, slim nya aku dulu ? Wakakaka. Masa ni aku masih lagi bersekolah nearby my house. SMK Muara Tuang.
Joy, Stanlly and me. I look pale. My face and body slimmer back then. :'(
Meet my girls. STTK. We wore the same badge. STTK badge yang diharamkan di SMTS. hmm, rasa macam terrorist pulak kitorang ni. nak diharamkan segala.
Classmatesku yang super sporting. Dalam kelas aku ada 21 orang dan hanya mempunyai 4 orang sahaja lelaki. Yang lain semuanya telah pupus. -.- Kelas aku ni popular kerana kecantikkan pelajar perempuan di dalam kelasnya*including me ke?? T_T* Lagi satu, port dating yang paling popular. Setiap kali masa rehat, ade je orang yang dating dalam kelas 5PKA5 ni. Tercalar nama baik kelasku. -.-
Baju ni baju sama dengan Kak Sya. Tapi Kak Sya warna putih, aku punya warna hitam. Lama dah tak jumpa kak sya since last year. Comel je ghupe baju ni.
Oloh2, suwettt nye muke aku. Buat muke comel pulak tu. Tapi bile masa pulak kulit muka aku bertukar jadi warna kuning?! See, setia sungguh aku dengan baju yang same dengan kak sya ni. Sorry ye anak2, dulu saya kurang bertudung. -.-
Baju ni ? Hmmm, baju ni aku punya ex punya. Masa zaman sekolah dulu, geng si dia agak popular dan ni baju rasmi group dorang. Tapi dia bagi dekat aku. As a symbolic ? No.no.no.
Lihat. Aku selalu guna baju ni dulu. Whenever I miss him, I will wear that shirt. Situasi ketika si dalam gambar : Sedang menjalankan hukuman dan diasingkan daripada pelajar lain kerana kenakalan. Namun, kami menganggapkan sebagai satu batu loncatan untuk kami bergembira kerana bilik itu sungguh selesa dan mempunyai plug yang banyak yang membolehkan kami charge handphone yang diseludup masuk ke dalam sekolah. Fuhh, penat. takde koma dah ayat tue. Maaf, gambar terpaksa di blur kerana keseksian kami.

Panjang tak entry aku kali ni?? Rasa macam mimpi pulak taip entry panjang2 ni. Alamak, aku tak kemas barang lagi la. Nak balik kolej da. T_T. 

1 comment:

Hunny Kitty said...

cadar tu cantik kottt hehe