May 24, 2011

syurga buat mereka

Assalammualaikum =)

berita tentang tanah runtuh yang menimpa rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dah tersebar luas di seluruh negara. siapa-siapa yang tak tahu tentang berita ni memang manusia yang paling jahil tak concern tentang keadaaan sekeliling la. sungguhpun aku ni seorang yang rajin malas tengok berita even tengok TV pon aku malas, tapi kalo hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu sensitif ni memang aku ambil kisah. tambah-tambah pulak tentang kejadian yang meyayat hati ni. ;(


ni adalah gambar penghuni di rumah anak-anak yatim tersebut. namun, sebahagiannya telah meninggalkan kita untuk bertemu Allah s.w.t. 16 orang yang terkorban dan 9 orang je yang terselamat. seriously, aku rasa sedih sangat-sangat dengan kejadian yang menimpa anak-anak yatim yang tak bersalah ni. tapi apakan daya, kita tak dapat nak melawan takdir.

apepon, takziah kepada keluarga mangsa-mangsa. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. kita hanya mampu berdoa. betul-betul menyedarkan aku bahawa mati tak mengenal usia waima tak memberi amaran langsung. tapi, adakah kita bersedia ? cukupkah bekalan untuk menghadap Ilahi ?? peringatan buat aku juga, tambahkan amalan, sempurnakan solat. :'(

Al-Fatihah buat mereka.


p/s : kalau nak derma, boleh klik [link] dan kredit gambar [link]

No comments: